Semua orang mempunyai pengalaman dalam
kehidupan. Begitu juga dengan saya yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk
dikongsikan bersama dengan semua orang.
Saya merupakan seorang yang cacat
penglihatan, tetapi apa yang menariknya, saya mengambil ijazah sarjana muda
komunikasi (penyiaran) yang memerlukan daya penglihatan. Bagi saya, cabaran
memang banyak dalam usaha untuk memajukan diri.
Alhandulillah, kini saya telahpun
berada di semesta akhir dan akan menjalani latihan amali pada april nanti. Apa
yang dikongsikan bersama adalah pengalaman saya dalam menjalankan projek akhir
saya.
Saya diberikan tugasan yang sangat
berat iaitu saya diminta menubuhkan sebuah stesyen radio yang dikendalikan oleh
saya sendiri. Proses ini termasuklah membentangkan kertas kerja, serta merangka
kesemuanya. Ia termasuklah hal yang berkaitan dengan penyusunan rancangan,
iklan, drama radio dan sebagainya.
Bagi saya apa yang diberikan kepada
sangat berat dan sukar untuk dilakukan. Pada peringkat ini, saya telah
dibimbing oleh penyelia yang sangat mengambil berat tentang saya iaitu Puan
Izasharina Sallehuddin. Beliau banyak mengambil berat tentang saya dan sering
memberi tunjuk ajar dan nasihat agar saya dapat menjalankan projek akhir saya.
Antara yang perlu saya lakukan ialah
membuat siaran lansung selama satu jam atau lebih ringkasnya dipanggil sebagai
life konti. Pengalan ini sangat menarik buat saya kerana seorang yang cacat
penglihatan seperti saya telah diberi peluang untuk berbuat demikian. Saya amat
bersyukur kerana saya telah diberikan kesempatan dan allah juga telah
memberikan kekuatan dalam menjayakan projek ini. Sebelum saya membuat siaran
lansung, saya telah membuat rakaman untuk beberapa slot rangcangan iaitu drama
radio, majalah radio dan juga iklan dan pesanan khidmat awam. Di dalam
merealisasikan perkara ini, saya telah dibantu oleh rakan baik saya iaitu Abdul
Hamid Majdi yang tidak pernah jemu untuk membantu saya sejak dari awal projek
ini dijalankan.
Hari tidak selalunya indah, penyelia
yang banyak membantu saya terpaksa melepaskan saya kerana terpaksa bercuti awal
atas sebab kesihatan dan ingin melahirkan anak di dalam kandungannya. Rasa
sedih memamanglah ada di dalam diri saya, tetapi berbekalkan semangat yang
diberikan oleh beliau, saya tekad menjalankan projek akhir saya tanpa beliau.
Pada masa yang sama, kehadiran Encik Bahtiar Mohd Nor telah memberikan saya
sedikit kekuatan dalam menjalankan projek akhir ini. Ini kerana, Encik Bahtiar
juga merupakan seorang yang tidak lokek dengan pengalaman dan sering memberi tunjuk
ajar dan nasihat kepada saya.
Pada masa yang sama, beliau telah
mencadangkan kepada saya agar saya mengendalikan mesin teknikal tanpa bantuan
orang lain. Menurutnya, apabila saya berbuat demikian, saya akan merasa satu
lagi pengalaman yang baru dalam kehidupan saya. Pada mulanya, saya menolak,
tetapi setelah diajukan beberapa kali, saya bersetuju dengan cadangannya dan
melakukannya. Bagi saya itulah pengalaman yang berharga untuk saya, walaupun
saya tidak dapat melihat, saya juga dapat mengendalikan mesin teknikal seperti
insane-insan yang lain.
Menghasilkan projek akhir sememangnya
mempunyai cabaran. Antara cabaran yang dihadapi ialah panel yang diundang tidak
dapat hadir pada masa yang ditetapkan. Ianya sangat merunsingkan saya, tetapi
dengan kata-kata semangat dari Encik Bahtiar dan Puan Izasharina, saya berusaha
untuk mencari panel ganti untuk projek akhir saya. Alhamdulillah, saya dapat
mencari panel dan dapat menjalankan projek saya tepat pada masanya.
Selain itu, rakan-rakan saya juga
banya memberikan nasihat dan semangat kepada saya dalam menjayakan projek akhir
ini. Walaupun mereka tidak dapat membantu sepenuhnya, mereka telah memberikan
sokongan moral kepada saya agar menjalankan projek akhir ini.
Secara kesimpulannya, jangalah jadikan
kekurangan sebagai alas an untuk kita tidak mencuba seswatu yang baru, kadang
kala kekurang itu bukan penghalan tetapi ianyamenjadi kekuatan untuk kita
Berjaya kelak. Tanamkan sikap yang positif dalam diri kita agar kehidupan kita
lebih baik kelak. Berusahalah untuk memajukan diri agar kita dipandang mulia
suatu hari nanti.